BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 21 November 2011

Kebaikan Ayat Kursi

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Thursday 3 November 2011

Kelebihan Solat Hajat

ni tajuk entry aku terbaru.. aku thu setiap org msti pernah tunaikan solat hajat wlpon sekli..
sini aku nk kongsi tentang kelebihan solat.. jom kite baca..






Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda, Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau
kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ 
dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan 
kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW
lalu hendaklah dia membaca do’a ini. La Ilaha Illallah al-Halim
al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim 
(du’a ini tidak disalin semua) - Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2

Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih
yang berikut
Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya,
kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna,
nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada
cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-
Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada
Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata,
Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya
Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika
engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu 
dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar)
lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah”
Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan 
elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, 
“Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika
Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi
hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya
Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan 
Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang
yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.

Kaedah Doa Nabi Yunus
Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat
, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, 
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang 
menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud
(luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa 
Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat
kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam
sembahyang.
Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w.
membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Galakkan sembahyang sunat di rumah:-
Hadis 151 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad 
s.a.w. bersabda Sembahyang sunat yang dikerjakan 
oleh seseorang dirumahnya; menjadi Nur (cahaya)
yang meneranginya; oleh itu, sesiapa yang suka
(mendapat kelebihan itu), hendaklah ia menerangi
rumahnya (dengan sembahyang sunat)
Dalam hadis lain menjelaskan: Solatlah kamu
dirumah-rumah kamu dan jangan jadikan ia 
sebagai kubur-kubur.“(Riwayat Ahmad) Ia bermaksud
rumah-rumah yang tidak didirikan lansung solat di dalamnya
menjadi sepi seumpama kubur.

Hadis 152 Mastika Hadis Jilid 2:
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”
Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di
masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di
rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan 
rumah itu bahagia.”


Monday 31 October 2011

Pahala & kelebihan membaca Al-Quran

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.


Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:


Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.


 Kelebihan & pahala

  1.  membaca 10 ayat al quran dalam stu malam ,dia tidak akan di masukkan dalm golongan org yg lalai..
  2. membaca 100 ayat dalam satu malam, dia akan dimasukkan dalam golongan orang yang taat..
  3. sessiapa yang membaca al-quran adalah cahaya di hari kiamat dan sesiapa yang mendengar 1 drpd ayat al-quran ditulis baginya satu kebajikan yg berlipat ganda..
  4. membaca surah yasin di permulaan hari akan dimakbulkan segala hajatnya pada hari itu..
  5. membaca surah al-waqiah( ayat pendek2 dan mempunyai 99 ayat)  pada tiap2 malam kebuluran /kapapaan akan tidak menimpa dirinya..
  6. pahala bagi yg berwuduk pula, membaca alquran dalam solat bagi tiap2 stu huruf  akan dicatat 100 kebajikan.. dan bagi yg membaca diluar solat mendapat 10 kebajikan bagi setiap huruf.. 

    renung2knlah....

Saturday 29 October 2011

KIAMAT

 ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


*Sama2 lah kita memperbanyakan amal ibadat.. yang penting solat kita perlu di jaga.. jangan melewatkan waktu solat.. dan jangan sesekali meninggalkan nyer.. semoga kita dapat saling mengingati.. amin..

Monday 24 October 2011

keronsang




RM 5 FOR EACH

Friday 17 June 2011

keunggulan uitm

setelah diamati dan melaluinya, terdapat beberapa perkara disini dpt sisimpulkn bhawa uitm mempunyai sengat yang sgt berbisa.. ini sebab mengapa uitm itu hebat...

1. final exam..
   - perkara senjata paling hebat uitm. soalan final mmg hardcore sampaikan semester ini jarang didgr yg dpt    3 pointer above... dekan 2 lagi lar ssah nk dgr.. kalo xpercaya anda boleh cube.. mna lar thu dpat                       merasa  aper yg ktorg rse..  hahahaha...

2. guard ...

guard uitm jugak mmg hebat.. mmg pantang nmpak student punyer kete ke motor terus saman.. member aku pernah rse bnda ni.. kete dorg kne lock.. mmg xde keje lain ker pak guard ni.. lgi2 yg berkca mata putih..
mmg pantang r.. ade jea lock warna kuning melekat kat tayar kete... huhuhu

3. bumiputra..n ade kt smua negeri
aku rse yg ni sume org thu kot.. uitm mmg amik student mlayu n sabah sarawak jer.. yg lbih membanngakan uitm ade di smua negeri.. universiti lain ade.. xde..

4. yuran
kalo pasal yuran xyah citer r.. mmg terbaik.. 1 sem rm 4oo lbih jer.. mmg lar terlbih murah drpd universiti lain yg beribu2...

tp stu jer.. aku bangga jdi warga uitm... syabas uitm.. kekekeeke..
kpada student slain uitm.. jgn nk kutuk uitm kalo xthu aper2.. kalo stakat bce kt pper.. xgmbarkan aper pon.. investigate dlu.. jgn main hentam keromo jer.. xknal maka xcinta...

Sunday 12 June 2011

hatiku milikmu by nera af9

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini